Mesin Air Kangen



Peralatan Perubatan Mesin Air Kangen LeveLuk SD501   
Medical Device Certificate License no 27B2X00070. 

Mesin Air Kangen Adalah Peralatan Perubatan. Ia Bukan Penapis Air. Ia digunakan di hospital-hospital Jepun sejak 1974 sebagai alat merawat pesakit kronik. Lebih 6,600 doktor di Jepun menyokong dan mengamalkannya pada diri, keluarga dan pesakit-pesakit mereka.


·         5 jenis air
o   Air Kangen™ Beralkali Tinggi pH 11.5 – membuang bahan racun, gris, lilin pada makanan, buah-buahan dan sayuran
o   Air Kangen™ Beralkali Sederhana (3 tahap boleh minum – pH 8.5, 9.0, 9.5)
o   Air Neutral pH 7.0 – Perubatan, bancuh makanan bayi
o   Air Asidik Rendah pH 5.5 – 6.6 utk kulit, basuh muka
o   Air Asidik Tinggi pH 2.5 – mematikan kuman     
·         Diterima sebagai “Medical Device” atau “Peralatan Perubatan” oleh Kementerian Kesihatan Dan Kebajikan Jepun
·         Antioksida ORP -300 mV ke -800 mV (air minum)
·         7 Titanium plates bersalut Platinum
·         Menghasilkan Air Kangen 7 liter / Minit
·         Sistem pembersih sendiri automatic yang terbaik dalam industri
·         Jaminan 5-tahun
·         Jangka Hayat 15-25 Tahun















LeveLuk Jr II

1.      5 jenis air

                    i.            Air Air Kangen™ Beralkali Tinggi pH 11.5 – membuang bahan racun, gris, lilin pada makanan, buah-buahan dan sayuran

                  ii.            Air Kangen™ Beralkali Sederhana (3 tahap boleh minum – pH 8.5, 9.0, 9.5)

                iii.            Air Neutral pH 7.0 – Perubatan, bancuh makanan bayi

                 iv.            Air Asidik Rendah pH 5.5 – 6.6 utk kulit, basuh muka

                   v.            Air Asidik Tinggi pH 2.5 – mematikan kuman     
2.       Diterima sebagai “Medical Device” atau “Peralatan Perubatan” oleh Kementerian Kesihatan Dan Kebajikan Jepun
3.       3 Titanium plates bersalut Platinum
4.      Anti-oksida ORP -150 mV ke -300 mV (air minum)
5.      Menghasilkan Air Kangen 3 liter / Minit
6.       Sistem pembersih sendiri automatic yang terbaik dalam industri
7.       Jaminan 3-tahun
8.       Jangka Hayat 15-Tahun
9.      Tiada suara








Eletrolisis adalah proses yang menjadikan air paip menjadi air alkali dan air asid. Air dipisahkan antara alkali dan asid. Tahap pH yang dikehendaki boleh dipilih oleh pengguna mesin.

Jumlah pH air alkali dan air asid yang dihasilkan serentak sentiasa berjumlah 14. Jika air minum pH 8.5~9.5 dipilih maka ais asid sederhana pH 4.5-5.5 (sesuai untuk penjagaan kulit) juga akan terhasil pada masa yang sama dibahagian yang berlawanan. Jika anda memilih air asid tinggi pH 2.5, maka air Kangen tinggi pH 11.5
 juga akan terhasil dibahagian yang berlawanan.



Gambarajah dibawah menunjukkan proses eletrolisis dalam mesin LeveLuk SD501  










Dalam mesin LeveLuk SD501 ada 7 plate titanium bersalut plutonium. Apabila arus eletrik mengalir dari plug eletrik ke plate menjadikan plate tersebut bercaj negatif. Ia mengeluarkan elektron, manakala plate sebelah pula bercaj positif dan menerima elektron dari cecair sekelilingnya. Tujuh plate dalam mesin LeveLuk SD501 disusun dengan susunan negatif, positif, negatif silih berganti jenis caj seperti dalam gambarajah berikut :


Proses Penghasilan Air Kangen
Plate bercaj negatif akan menarik Hydrogen ion yang bercaj positif, ini kerana caj berlainan saling menarik dan caj yang sama saling menolak. Plate yg bercaj negatif mengeluarkan elektron yang banyak dari arus elektrik. Oleh kerana Hidrogen ion bercaj positif maka ia menarik elektron yang bercaj negatif untuk stabil. Perkumpulan molekul antara hidrogen ion dan elektron yang berlebihan dinamakan hidrogen aktif. Maka air sekitar Plate yang bercaj negatif mempunyai hidrogen aktif yang tinggi. Hidrogen aktif bersifat anti-oksida kerana ia boleh memberikan elektron yang berlebihan disekitarnya kepada radikal bebas yang kekurangan elektron. Plate bercaj negatif juga menarik mineral yang bercaj positif iaitu kalsium, magnesium, sodium dan potasium. Jadi air keluar berdekatan dengan Plate negatif bersifat alkali, mengandungi mineral, anti-oksida dan halus yang dinamakan air Kangen. Ia seperti dalam gambarajah berikut.
Bila dikira dalam negatif (-ve) millivolt, ia sangat baik utk sel. (Banyak elektron)




Proses Penghasilan Air Asidik
Plate bercaj positif pula menarik elektron masuk ke dalam plate menjadikan air sekitar plate tersebut kurang elektron. Plate bercaj positif itu juga menarik hidroxide ion, bahan asidik seperti Cl-, NO3-, SO4- dan CO3dan radikal bebas Oksigen Aktif yang kehilangan elektron.
Bila dikira dengan positif (+ve) millivolt ia merosakkan sel. (Banyak Proton) 




Untuk semua makhluk hidup didunia ini, jika mereka memiliki sifat elektronik aktif, maka ia mampu merawat dirinya sendiri dengan cepat dan senang. Ini disebabkan semua organisma hidup, Allah ciptakan dari air dan air adalah rumah kepada bio-elektronik.  


Fungsi Hidrogen Aktif Dalam Tubuh Manusia
Ia cepat sampai ke dalam sel-sel dan mengaktifkan semula DNA sel-sel dan mengaktifkan metabolisma sel-sel.
Ia membawa banyak elektron tambahan yang penting untuk menstabilkan radikal bebas. 
Dengan keupayaan pelarutan yang tinggi, ia mempercepatkan penyampaian zat makanan ke seluruh badan.  
Ia melindungi DNA setiap hari dari bahaya dan kerosakan radikal bebas.  
Mengaktifkan dalam vivo organisma mikro dan membantu menghasilkan pelbagai enzim pembaikan. Ia membantu mengaktifkan “gene” pembaikan dan “gene” penghalang barah.  





Kolesterol
Asid lemak Laktik dan asitik, merendahkan pH cecair badan secara drastik. Apabila darah mengandungi banyak asid lemak ini, pH darah akan turun dan menjadi asidik. Badan kita akan menggunakan mineral bentuk bicarbonat dalam darah supaya darah kita tidak asidik. Jika mineral dalam darah tidak cukup maka badan kita akan mengambil kalsium dari tulang kita. Cara lain untuk menstabilkan asidik badan ialah dengan  memejalkannya, iaitu dalam bentuk kolestrol. Walaupun anda tidak memakan makanan yang berkolestrol, badan anda masih boleh menghasilkan kolestrol untuk menghalang bahaya asid dalam darah anda. Malangnya kolestrol boleh menyumbat saluran darah anda menyebabkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, lemah jantung, diabitis, strokm barah dan sebagainya. 

Asid Organik

Kristal asid urik yang tidak larut akan berkumpul di sendi-sendi badan menyebabkan masalah gaut dan atristis. Asid asitik, laktik dan kolestrol adalah hasil asid lemak, yang dihasilkan dari kabohidrat berlebihan. Asid Phosphoric menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.
Badan kita berfungsi dengan pH 7.4 iaitu sedikit alkali. Organ badan kita tidak dapat berfungsi bila badan kita berasidik. Air alkali Kangen akan membantu untuk menstabilkan asid organik dalam badan kita. 

"Semua makanan,samada makanan segera atau segar, mahal atau murah, sedap atau tidak .. semuanya menghasilkan bahan buangan asidik yang perlu dibuang oleh sistem badan kita. Cara terbaik ialah dengan membuangnya dengan Air Kangen yang bersifat  anti-oxida, alkali dan mikro.
Manfaat Air Kangen

1.    Air Kangen mengandungi Hidrogen Aktif (anti-oksida, tinggi kandungan eletron) yang tinggi bagi menstabilkan Oksigen Aktif (radikal bebas, kekurangan elektron) dalam badan. Radikal bebas ialah punca pelbagai penyakit dan penuaan.
2.    Air Kangen adalah bersifat mikro. Ia memudahkan sel tubuh menyerap air, zat makanan, oksigen dan membuang toksin dan asid keluar dari sel-sel badan.
3.    Air Kangen membina simpanan alkali dalam saluran darah anda, apabila anda memakan makanan atau minuman asidik, badan anda akan mampu menstabilkannya tanpa menggunakan kalsium dari tulang anda. Ini dapat menjaga tulang anda supaya kuat dan sihat. 
4.     Air Kangen mudah di serap oleh usus anda untuk membuang toksin dari usus anda. Punca pelbagai penyakit ialah usus yang kotor. Usus yang bersih bermula dari meminum Air Kangen.  

Berikut gambarajah Asidik dan Alkali makanan dan minuman




Kesan Cecair Badan Berasid Pada Organ Badan.
 Jantung
Jantung adalah organ yg sangat memerlukan keadaan alkali. Saraf vagus berfungsi baik dalam keadaan alkali. Degupan jantung berubah dengan adanya bahan buangan asid yang mengganggu oksigen dalam darah yang akhirnya melemahkan jantung. Sistem alkali menjadikan jantung anda berfungsi dengan baik.

Perut

Masalah saraf vagus boleh juga memberi masalah pada sistem penghadaman.Pelbagai masalah penghadaman seperti sembelit, muntah, cirit birit, senak perut, perut kembung boleh jadi tanda masalah pada saraf vagus dan juga mungkin sindrom hiatus hernia. Hiatus hernia boleh mengurangkan asid hydrochloric dalam perut yg diperlukan untuk penghadaman yang menyebabkan makanan dalam perut menjadi terlalu asidik.
Hati
Hati mempunyai lebih 300 fungsi, termasuk memproses asid toksin dari darah dan menghasilkan pelbagai enzim alkali untuk sistem badan dan hati adalah pertahanan pertama badan anda melawan pelbagai racun dan toksik. Semua zat makanan dari usus akan melalui hati sebelum dihantar ke dalam darah. Bebanan hati akan menjadi lebih berat apabila bahan buangan asid terlalu banyak dalam darah. Jika hati terlalu dibebankan dengan banyak asid protin, maka kematian akan berlaku.
Pankreas
Organ pankreas sangat bergantung pada diet alkali. Pankreas mengawal keasidan dan keseimbangan gula dalam darah. Bagi mengawal keadaan gula dalam darah, anda perlu menjaga tahap alkali badan anda.
Usus Kecil
Enzim chyle dikeluarkan oleh Peyer’s Patches iaitu bahagian atas usus kecil. Enzim chyle ialah bahan alkali yg diperlukan oleh badan. Apabila cecair badan berasid, Peyer’s Patches akan terganggu dan mengganggu penghasilan enzim chyle. Ia juga mengganggu penghasilan cecair limpa.

Buah Pinggang
Buah pinggang orang dewasa memproses 1 liter darah per minit. Buah pinggang menjaga darah supaya beralkali dan membuang bahad berasid. Buah pinggang terlalu dibebankan dengan terlalu banyak bahan asid, maka batu karang akan berlaku dimana ia terdiri dari bahan buangan asid dari sel dan garam mineral yang melekat dalam bahan asid. Oleh itu dengan mengurangkan bahan yang menyebabkan asid masuk ke dalam badan, anda dapat mengelakkan masalah batu karang.

Kolon (Usus Besar)
Kolon mesti dibersihkan dari timbunan bahan buangan berasid. Racun yang terhasil didinding kolon seperti dalam keadaan cirit birit atau sembelit akan memejal dan diserap semula ke dalam darah. Pembersihan usus hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Anda boleh lakukan dengan meminum Air Kangen.

Sistem Limpa
Terdapat 600-700 kelenjar limpa dalam badan. Cecair limpa membawa nutrisi kepada sel-sel dan membuang bahan buangan asid. Cecair limpa bergerak terbaik bila dalam keadaan alkali. Apabila cecair badan menjadi asidik, pergerakan cecair limpa menjadi lambat menyebabkan pelbagai masalah kronik yang berpanjangan pada kesihatan. Lama ke lamaan, limpa akan kekeringan dan menghasilkan tisu yang melekat dan rosak. Tisu yang melekat ini akan menghalang perjalanan cecair limpa dan juga darah. Menyebabkan lebih banyak asid akan terkumpul. Bahan buangan yg tidak dihadamkan dengan sempurna akan memasuki sistem limpa melalui usus kecil.

Kandungan Elektron Dalam Badan
Bila elektron dalam cecair jumlah nya tinggi maka nilai ORP akan menjadi lebih negatif dan pH akan menjadi lebih alkali. Seperti carta dibawah, Air Kangen mempunyai ORP lebih -380 mV dan lebih pH 8.5. Ini jauh lebih tinggi dari kadar yang diperlukan untuk mematikan sel barah iaitu -80 mV dan pH 8.0. Oleh itu jika anda meminum Air Kangen, anda mampu merawat penyakit barah dengan izin Allah.

1 comment:

  1. soalan biasa saya berapa hg mesin ini....saya duk kt senawang..taman desa dahlia

    ReplyDelete